Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman Yang Menawan
Kepakaran kami di Klinik Pergigian Sharlindah adalah untuk membantu anda tampak lebih yakin, cantik dan dapat senyuman yang menawan apabila gigi kelihatan bersih, putih dan tersusun rapi.
Rawatan dan Perkhidmatan Pergigian Kami
Klinik Pergigian Sharlindah menyediakan perkhidmatan pemutihan gigi, rawatan akar, rawatan gigi geraham, gigi palsu, braces dan lain-lain.
Rawatan Am
Implan
Pemulihan
Gigi Kosmetik
Pemutihan
Ortodontik
Klinik Pergigian Melaka
Klinik Pergigian Sharlindah
Klinik Pergigian Sharlindah menyediakan perkhidmatan pemutihan gigi, rawatan akar, rawatan gigi geraham, gigi palsu, braces dan lain-lain.
Rawatan Am
Implan
Pemulihan
Pergigian Kosmetik
Pemutihan
Penjagaan Ortodontik
Teknik Terkini
Penggunaan teknik dan kaedah terkini dalam merawat permasalahan gigi pesakit oleh doktor yang bertauliah
Teknologi Inovatif
Klinik Pergigian Sharlindah sentiasa memberi servis perkhidmatan yang terbaik dan terkini mengikut peredaran semasa
Pakar Bertauliah
Pesakit akan mendapat rawatan daripada doktor-doktor yang bertauliah dari Universiti antarabangsa
Soalan Lazim Gigi
Gigi boleh menjadi sakit semasa memakai braces kerana tekanan yang dikenakan pada gigi oleh braces dan wayar. Ini adalah sebahagian daripada proses perubahan yang berlaku semasa gigi bergerak untuk menyesuaikan posisi mereka.
Untuk mengatasi rasa sakit, kami di Klinik Pergigian Sharlindah menawarkan nasihat dan kaedah untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa pemakaian braces.
Dalam sesetengah kes, gigi mungkin perlu dicabut sebelum memakai braces bagi membolehkan ruang yang mencukupi bagi gigi yang lain untuk disusun dengan betul.
Di Klinik Pergigian Sharlindah, kami memastikan proses pencabutan gigi dijalankan dengan teliti dan selesa bagi meningkatkan keberkesanan rawatan braces.
Tempoh pemakaian braces bergantung kepada keperluan setiap individu dan keadaan gigi mereka.
Ahli pasukan KP Sharlindah akan membantu menetapkan jadual rawatan yang sesuai untuk setiap pesakit.
Kos pemakaian braces bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis braces yang dipilih dan keadaan gigi individu.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai kos dan pakej rawatan braces kami.
Penampalan gigi diperlukan untuk memperbaiki kerosakan gigi seperti karies atau pecah.
Kami menawarkan perkhidmatan penampalan gigi yang berkesan di Klinik Pergigian Sharlindah untuk meningkatkan kesihatan gigi anda.
Ya, kebanyakan masalah gigi yang sakit boleh diperbaiki dengan penampalan.
Kami menyediakan rawatan penampalan gigi yang berkualiti untuk memulihkan kesihatan gigi anda.
Selepas penampalan gigi dijalankan, anda boleh makan dengan segera.
Doktor kami akan memberikan arahan lanjut mengenai penjagaan gigi selepas rawatan.
Prosedur pencabutan gigi di Klinik Pergigian Sharlindah dilakukan dengan teliti dan menggunakan pembiusan tempatan bagi memastikan keselesaan pesakit.
Selepas pembiusan hilang, pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan yang boleh dikawal dengan ubat penghilang rasa sakit yang disyorkan oleh doktor pergigian.
Kebanyakan orang mengambil masa beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu.
Kami menyediakan perkhidmatan pembuatan gigi palsu yang selesa dan berkualiti untuk meningkatkan keselesaan anda.
Ya, gigi palsu boleh disesuaikan oleh pakar pergigian jika tidak selesa.
Kami memastikan gigi palsu yang kami hasilkan sesuai dengan keperluan dan keselesaan pesakit kami.
Untuk menjaga gigi palsu dengan baik, penting untuk membersihkannya setiap hari dengan menggosoknya dengan betul.
Makanan yang terlalu keras atau lengket perlu dielakkan ketika memakai gigi palsu.
Ahli pasukan kami memberikan panduan mengenai diet yang sesuai untuk pesakit yang memakai gigi palsu.
Gigi palsu mungkin perlu diganti setiap lima hingga lapan tahun atau disesuaikan semula jika terdapat perubahan dalam struktur mulut atau jika gigi palsu menjadi tidak selesa.
Hubungi Klinik Pergigian Sharlindah sekarang untuk membuat temujanji bagi perkhidmatan gigi palsu yang berkualiti.
Apa Kata Mereka
“Servis rawatan sangat tiptop, tak sakit! Harga berpatutan. Doktornya mesra alam. Klinik juga ada banyak cawangan dah macam pasaraya! “
“Klinik yang sangat mesra dengan pelanggan! Harga berpatutan, boleh bayar secara ansuran untuk rawatan braces”
“Doktor sangat the best! Servis tiptop! Tak tergopoh-gopoh merawat gigi. Perasaan takut hilang bila jumpa Dr. Sharlindah!”